Pramugara AirAsia minta Ameng menyanyi dalam pesawat - Hiburan | mStar

Pramugara AirAsia minta Ameng menyanyi dalam pesawat

Ameng hiburkan peminat dalam pesawat.

TINDAKAN pramugara penerbangan tambang murah AirAsia mempelawa penyanyi Ameng Spring untuk menghiburkan penumpang dalam pesawat itu mendapat perhatian.

Ameng yang dalam penerbangan ke Sibu pada Sabtu tidak mengecewakan pramugara itu apabila mendendangkan sebuah lagu berjudul Sampai Hati dan Butakah Cinta menerusi sistem pembesar suara dalam pesawat.

"Pagi tadi KUL-SIBU. Untuk tidak menghampakan permintaan carbin krew AirAsia secara spontan menyanyikan santai-santai je lagu Spring.

"Maaf atas kekurangan ya dan terima kasih Johan Aziz atas video ini," tulisnya di Instagram.

Menerusi video berkenaan pramugara yang sedang membuat pengumuman keselamatan itu mengalu-alukan kehadiran vokalis kumpulan Spring itu dalam penerbangan tersebut.

"Saya membesar dengan lagu-lagu beliau, kalau abang izinkan saya nak buat introduction satu lagu dan kalau sumbang abang tampar muka saya.

"Saya nyanyi permulaan lepas abang sambung ya," ujarnya.

Video yang dimuat naik oleh Ameng itu dirakamkan oleh promoter pertunjukan pentas, Johan Aziz yang bersamanya mendapat perhatian peminat-peminatnya yang menyifatkan penyanyi itu sebagai sporting.

Segelintir juga berkata suara Ameng tetap terbaik biarpun hanya menggunakan mikrofon pembesar suara sahaja.

Ameng Spring , Air Asia

Artikel Sebelum

Janna Nick takut nak bersuara

Artikel Berikut

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain