suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau ada peluang mengapa tidak…” - Haida

BEKAS peserta program Gegar Vaganza musim keempat iaitu Haida Hafiz tidak menolak akan meneruskan karier sebagai pelakon selepas muncul dalam telefilem pertamanya Tergantung Sepi pada Aidilfitri lalu.

Haida, 37, berkata, sebagai persediaan dia ingin mengambil kelas lakonan daripada guru berpengalaman kerana merasakan menjadi seorang pelakon bukan perkara mudah.

"Jujurnya saya tabik dengan pelakon-pelakon yang ada kerana selepas merasai sendiri pengalaman berlakon ia ternyata bukan perkara mudah!

"Bukannya boleh main 'terjun' sahaja kena ada ilmu dan asas lakonan dan sebab itu jika ada peluang ditawarkan berlakon pada masa hadapan saya mahu masuk kelas.

Haida Hafiz.

"Pengalaman pertama membuatkan saya tersedar yang berlakon bukan senang dan perlu ada ilmu terutamanya dalam menzahirkan emosi kepada penonton," katanya.

Tambah Haida, walaupun tiada pengalaman berlakon namun dia bersyukur kerana krew produksi dan barisan pelakon lain banyak membantunya di set penggambaran.

Dalam pada itu, Haida berkata, penglibatannya dalam bidang lakonan bukan bererti dia melupakan karier nyanyian sebaliknya ia adalah keutamaannya.

"Saya suka menyanyi kerana itu adalah jiwa saya... Berlakon pula sebagai pilihan kedua dan sekiranya ada peluang mengapa tidak saya cuba," ujarnya.

Haida Hafiz

Artikel Lain