Kru Produksi Terlibat Kemalangan Undang Simpati Nazim Othman - Hiburan | mStar

Kru Produksi Terlibat Kemalangan Undang Simpati Nazim Othman

Nazim memuji kegigihan kru produksi yang sanggup mengorbankan masa demi menyara kehidupan. Foto: SYAZANA ABD SHUKUR. .

PELAKON Nazim Othman mengakui kerjaya sebagai seorang pelakon tidak terlalu susah berbanding menjadi kru produksi.

Nazim, 34, berkata pekerja produksi perlu mengorbankan masa untuk diri dan keluarga mereka kerana hendak menyara kehidupan.

"Kerja sebagai pelakon ni memang ada susahnya. Permainan emosi dalam karya adakalanya mengganggu hidup seseorang pelakon itu secara peribadi.

"Hakikatnya, tak sesusah para kru produksi. Mereka pun manusia. Ramai yang berkahwin tapi demi kelangsungan hidup, masa untuk diri dan keluarga sendiri pun tak cukup. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nazim Othman Tak Benarkan Sesiapa Usik Wajah Dan Rambutnya

Nazim turut membantu salah seorang kru produksi yang mengalami kemalangan.

"Pelakon pula, bukannya dalam semua scenes ada. Kalau pelakon dah habis scenes boleh terus balik rumah. Tapi tidak bagi kru produksi," Kata Nazim.

Nazim berkongsi mengenai perkara itu dengan memuat naik video dia membawa kru produksi yang mengalami kemalangan menerusi laman Instagramnya.

Tambah Nazim lagi, dia berasa simpati dengan pekerja yang perlu menguruskan semua peralatan penggambaran.

Kegigihan mereka bekerja dari siang hingga malam sehingga tidak menjaga kesihatan dan tidak dapat tidur secukupnya.

Kereta salah seorang kru produksi drama Mona Lisa yang remuk selepas kemalangan.

Malah, dua orang kru produksi drama lakonannya, Mona Lisa, mengalami kemalangan disebabkan kurang tidur dan penat.

"Segala peralatan shooting yang berat tu nak diangkat, dikemas dan disimpan. Kadang-kadang simpati dengan mereka ini.

"Kerja gigih siang ke malam sampai tidur dan kesihatan pun tak terjaga. Malam tadi, ada dua kes kru #dramamonalisa kemalangan. Yang seorang kereta dia remuk.

"Kat satu tempat lain, motor seorang lagi kru pula terbabas. Sebab apa? Sebab penat dan mengantuk la. Syukurlah tak ada kecederaan teruk.

"Tapi itulah, bagi saya secara peribadi, pelakon bukannya hero. Golongan kru produksi yang selayaknya diagungkan," tulisnya.

Nazim masih menjalani penggambaran drama Mona Lisa yang mempunyai 80 episod.

Nazim Othman

Artikel Sebelum

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain