Zizie Dapat Anak Kembar Sehari Sebelum Hari Lahirnya - Hiburan | mStar

Zizie Dapat Anak Kembar Sehari Sebelum Hari Lahirnya

Zizie selamat melahirkan bayi kembar lelaki pada Jumaat. Foto Instagram: @zizieizette.

PELAKON Zizie Ezette selamat melahirkan bayi kembar lelaki kira-kira 5.48 dan 5.50 pagi, Jumaat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Zizie, 39, melahirkan bayi kembar berkenaan secara pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Menerusi pengkongsian di Instagram Zizie meluahkan rasa teruja apabila kedua-dua bayi itu lahir sehari sebelum hari lahirnya pada Sabtu.

Zizie kongsi berita gembira itu di Instagramnya.

"Ibu hari jadi dengan dua hadiah hari lahir berharga. Hadiah hari lahir awal!

"Mommy jangka mereka akan lahir pada hari ini tapi mereka hadir dengan kejutan secara pembedahan semalam, 29 Disember pukul 5.48 pagi dan 5.50 pagi, berat 2.74 (baby boy 1) dan 2.78 (baby boy 2).

"Alhamdulillah, mereka berdua adalah bayi yang sihat.Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya," tulis Zizie.

Dalam pada itu, menerusi Instagram Datuk Seri Bung Moktar meluahkan rasa syukur dengan kehadiran bayinya dan berharap keluarganya akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah. 

“Alhamdulillah keluarga ini telah dianugerahkan Allah tambahan dua orang putera. Semoga kehadiran orang baru ini, Insya-Allah pasti membawa kebahagian kepada kami semua. 

“Kami sentiasa berdoa semoga kesemua dalam keluarga ini akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah hendaknya,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Zizie juga meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah buat dia dan suami.

Zizie dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun 11 bulan.


Zizie Ezzete

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain

Arsenal mahu bincang dengan Ancelotti