suria

Salah Faham Isu Tayang Badan - Hafreez Adam

Hafreez Adam memuji pengarah drama Gantung, Shamyl Othamn yang memahami kehendaknya. Foto: @hafreezadam.

PELAKON Hafreez Adam mengakui berlaku salah faham dengan produksi drama bersiri Gantung apabila dia enggan melakonkan babak tanpa memakai baju.

Menurut Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan, 27, dia meletakkan syarat tersebut namun pihak produksi hanya sedar selepas selesai menandatangani kontrak.

"Saya sebenarnya ada letak syarat. Tak nak lakon babak tanpa pakai baju. Tapi ada salah faham antara pengurusan dan produksi. Mereka tidak dimaklumkan perkara itu.

"Pihak produksi hanya tahu benda itu selepas saya tandatangan kontrak. Babak tanpa baju untuk watak saya iaitu Troll sangat penting sebab membabitkan logik.

"Jadi, ada perbincangan antara saya dan pengarah tentang perkara itu," kata Hafreez.

Antara pengkongsian cerita Hafreez di Twitternya.

Hafreez memberitahu perkara tersebut menerusi laman Twitternya sempena drama lakonannya itu mula ditayangkan di Indonesia pada Jumaat.

Tambah Hafreez lagi, bagaimanapun dia melakukan juga babak tersebut namun diberi kelonggaran mengikut syaratnya.

Malah, Hafreez juga memuji pengarah drama itu, Shamly Othman yang memahami dan sentiasa menghormati pendirian orang lain.

"Saya hormat pengarah, Shamyl Othman sebab dia juga hormat semua orang dalam kumpulan ini. Dia beri saya kelonggaran untuk buat babak itu ikut syarat saya.

"Masih perlu lakon tanpa baju tapi tutup bahagian aurat yang mana satu-satunya kebimbangan saya sahaja. Dia sebenarnya nak batalkan babak itu tapi sebab penting untuk jalan cerita.

"Saya tak nak cacatkan cerita tu memandangkan suka dengan watak tersebut. Saya pun bertolak ansur dengan cara yang saya boleh dan dia setuju," ujarnya.

Selain Hafreez, drama adaptasi novel penulis Nadia Khan ini menampilkan pelakon Indonesia Randy Pangalila, Gita Sucia, Mentari De Marelle dan ramai lagi.

Drama tersebut juga akan ditayangkan di Malaysia tidak lama lagi.

Hafreez Adam, Gantung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain