suria

Azwan Kombos Mahu Rahsia Nama Anak

Azwan dan Ezzaty bakal umumkan nama bayi itu pada hari ketujuh kelahirannya. Foto Instagram @azwankombos

PETALING JAYA: Pelakon Ezzaty Abdullah selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 10.27 malam Rabu.

Suaminya yang juga seorang pelakon iaitu Azwan Kombos ketika dihubungi mStar Online memberitahu Ezzaty melahirkan cahaya mata sulung mereka di Pusat Perubatan Pusrawi, Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, Ezzaty selamat melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram dan keadaan ibu serta anak sihat.

"Setelah 48 jam mengalami kontraksi bersalin, akhirnya bayi tersebut selamat dilahirkan secara normal.

Azwan berkongsi berita gembira tersebut di Instagram miliknya. Foto Instagram: @azwankombos

"Insya-Allah, Ezzaty mungkin dibenarkan keluar dari hospital esok dan berpantang di rumah kami di Shah Alam," katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Mak Cun ini memberitahu sudah mempunyai nama untuk bayi mereka ini.

Bagaimanapun, dia hanya akan berkongsi nama tersebut setelah tujuh hari kelahiran bayinya.

Azwan dan Ezzaty sudah ada nama untuk anak sulung mereka ini.

"Nama dah ada dah! Tapi Ezzaty minta rahsiakan dahulu. Tunggu baby dah masuk hari ketujuh baru kami kongsikan nama.

"Apa yang penting, nama yang diberi bermaksud baik-baik dan mudah untuk diingati," ujarnya.

Sementara itu, Azwan mengakui melalui pengalaman baharu apabila melihat isterinya bertarung nyawa dalam bilik bersalin.

Melihat isteri melalui proses kelahiran tidak mungkin dilupakan pelakon ini.

Ujarnya, sebagai suami, dia tidak mampu melalui detik tersebut dan kagum dengan ketabahan seorang wanita bergelar ibu.

"Pertama kali melihat isteri melahirkan anak, rasa macam tak sanggup nak tengok kepayahan itu.

"Walaupun mulanya gementar nak tengok proses tersebut, tapi tak sampai hati pula nak tinggalkan Ezzaty seorang diri dalam bilik bersalin. Jadi, saya teman dia sehingga semuanya selamat," katanya.

Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai tahun lalu pada majlis yang diadakan di Bentong, Pahang.

Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain