Mawar, Raf Kini Suami-Isteri - Hiburan | mStar

Mawar, Raf Kini Suami-Isteri

Mawar dan Raf selamat bergelar suami dan isteri pada petang Khamis. Foto S.S.KANESAN

KUALA LUMPUR: Pelakon drama Suamiku Paling Sweet iaitu Mawar Rashid selamat bergelar isteri kepada Raden Ahmad Faizal Yaakob dengan sekali lafaz pada Khamis.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada pukul 3.20 petang.

Mawar, 22, dan Raden atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob, 32, dinikahkan oleh Iman Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar iaitu Mohamad Azri Ahmad Kamil.

Pada upacara itu juga Raf menyerahkan RM900 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Mawar bergambar dengan ibunya (kiri) dan ibu Raf.

Pengantin perempuan turut menyerahkan sembilan dulang hantaran manakala dibalas tujuh oleh pihak lelaki.

Pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu itu memperlihatkan pasangan mempelai tampil dengan tema Jawa.

Sementara itu, pasangan itu ketika ditemui memberitahu lega majlis pernikahan mereka selesai dengan baik dan berdoa agar perkahwinan mereka akan kekal buat selama-lamanya.

Sama cantik... sama padan...

"Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan ia hari paling bahagia buat kami berdua.

"Doa saya agar perkahwinan ini diberkati dan akan kekal sehingga akhir hayat," katanya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu sebagai memperingati tarikh ulang tahun kelahiran arwah bapa Raf iaitu Datuk Yaakob Mohammad.

Raf yang juga adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob terlebih dahulu menghantar rombongan merisik pada bulan Mei.

Mawar Rashid , Raf Yaakob

Artikel Sebelum

Orang Masih Cari Salah Usop

Artikel Berikut

Johan Tak Sengaja Dedah Ozlynn Hamil?

Artikel Berkaitan

Mawar Rashid Akhirnya Bertemu Pemain MU

Tiada ‘Malam Jumaat’ Buat Mawar, Raf

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?