suria

Kilafairy Dapat Habuan Kerana Foto Melentik

Kilafairy hanya membiarkan sahaja netizen memenuhi ruang komen foto tersebut. Foto Instagram: @kilafairy.

PELAKON Kilafairy menerima komen berbaur lucah  gara-gara dia berkongsi foto badan melentik dan menonjolkan 'asetnya'. 

Kilafairy, 25, telah memuat naik foto tersebut di laman Instagram miliknya yang menarik perhatian netizen pada bahagian dada dan pinggulnya.

Selain kritikan ada juga segelintir yang memuji kecantikan bentuk badan Kilafairy yang kelihatan langsing. 

"Badan awak memang dah cantik dari dulu," kata peminat.

Kilafairy sememangnya memiliki potongan bentuk badan yang menarik dan langsing sehingga sentiasa menarik perhatian.

Foto yang dimuat naik Kilafairy yang membuatkan netizen meninggalkan komen berbaur lucah. 

Malah, dia berani tampil seksi dan sering memuat naik foto-fotonya yang mempamerkan bentuk badannya di laman sosial. 

Bagaimanapun, Kilafairy dilihat tidak melatah dan hanya membiarkan sahaja netizen memenuhi ruang komen tersebut. 

Menurut anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini, dia tidak boleh menghalang apa yang orang nak kata atau bercakap tentangnya. 

Baginya, setiap percakapan seseorang itu juga melambangkan IQ (kecerdasan otak) mereka. Kata Kila lagi, dia tidak kisah tentang perkara tersebut kerana peminat juga yang melihat dan membantu karyanya. 

"Mulut orang tak boleh nak tutup.  Jadi, biarlah mereka nak cakap apa. Percakapan mereka itu melambangkan IQ mereka. 

"Lagipun, mereka yang juga tolong lihat karya-karya saya. Kami memerlukan satu sama lain," kata Kila ketika dihubungi mStar Online. 

Menerusi kapsyen yang ditulis, foto tersebut bertujuan untuk mempromosikan produk pelangsingan badan yang dipegangnya. 

Sebelum ini selebriti Wak Doyok juga pernah meninggalkan komen yang berbaur lucah di Instagram aktres itu sehingga menjadi perbualan hangat netizen.

Kilafairy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain