Azian Mazwan Tewas Ke Final 'Gegar Vaganza' Musim Kedua

Azian Mazwan Sapuwan (tengah) menerima nasib gagal ke peringkat akhir Gegar Vaganza musim kedua pada Ahad depan.

SHAH ALAM:  Penyanyi Azian Mazwan Sapuwan yang beberapa kali mendapat tempat tercorot dalam Gegar Vaganza musim kedua gagal untuk mara ke peringkat akhir pertandingan itu yang akan diadakan pada Ahad depan.

Sebaliknya penyanyi Acong yang tersingkir minggu lalu tetapi mendapat imuniti daripada penaja Datuk Seri Vida layak bertanding ke peringkat akhir.

Dalam pertandingan itu nanti, Acong akan membawakan lagu Seruan yang dinyanikan oleh Lefthanded.

Lima peserta lain yang layak ke akhir ialah Siti Nordiana, Nassier Wahab, Ezad Lazim, Haiza dan Farahdhiya.

Siti Nordiana atau Nana bakal membawa lagu Putus Terpaksa nyanyian asal Ziana Zain, Nassier (Gelombang Cinta – Heavy Machine), Ezad (Nur Nilam Sari – Awie), Haiza (Puisi Cinta – Ilusi) dan Farahdhiya (Janji Manismu – Aishah).

Peserta yang bakal ke peringkat akhir Gegar Vaganza musim kedua pada Ahad depan.
Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Peserta separuh akhir diadili oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Ramli M.S sebagai juri tetap manakala Datuk Yusof Haslam adalah juri undangan.

Pada peringkat akhir nanti, enam peserta bakal merebut hadiah berupa wang tunai RM100,000 yang ditawarkan kepada pemenang utama tajaan Qu Puteh.

Ia bakal bersiaran dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria bermula pukul 9 malam.
Azian Mazwan, Gegar Vaganza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

12 Lagu Ke Final AJL30

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain