suria

Shah Rukh Khan Tetap Menari Walaupun Cedera

Shah Rukh terpaksa menggunakan tongkat akibat kecederaan pada kaki kirinya.
Shah Rukh terpaksa menggunakan tongkat akibat kecederaan pada kaki kirinya.

PELAKON terkenal Bollywood Shah Rukh Khan terpaksa menari dengan menggunakan sebelah kakinya yang tercedera dalam filem terbaharunya berjudul Happy New Year.

Pengarah filem itu, Farah Khan berkata, pada mulanya dia bimbang dengan kejadian menimpa Shah Rukh kerana perlu mengejar tarikh akhir untuk menyiapkan penggambaran filem itu.

Bagaimanapun Farah menerusi akaun Twitter memberitahu sedang mereka gerakan tari dengan menggunakan sebelah kaki untuk pelakon itu.

Kaki pelakon itu masih belum pulih dan perlu menjalani rawatan fisioterapi selama beberapa bulan selain menggunakan tongkat untuk membantunya berjalan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain