suria

Pengakuan Robbie Williams...

Robbie membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu dia sukakan kaum sejenisnya.
Robbie membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu dia sukakan kaum sejenisnya.
Robbie membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu dia sukakan kaum sejenisnya.

PENYANYI Robbie Williams membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu sebanyak 49 peratus daripada dirinya menyukai kaum lelaki.

Bekas anggota kumpulan Take That itu berkata, perasaan itu telah lama dirasainya dan dia juga mengakui gemar melakukan aktiviti yang kebiasaannya dikaitkan dengan lelaki homoseksual.

"Saya suka dengan persembahan muzikal dan teater selain perkara-perkara lain yang dikaitkan dengan golongan itu," katanya menurut laporan Daily Star.

Bagaimanapun Robbie berkata, pengakuannya itu bukan bermakna dia suka dengan keadaannya itu selain mengakui bahagia bersama keluarganya sekarang.

Robbie telah berkahwin dengan Ayda Field pada 2010 dan mereka telah dikurniakan seorang bayi perempuan yang dinamakan Theodora Rose Williams.

Artikel Lain