Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose Dalam 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' - Hiburan | mStar

Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose Dalam 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'

Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad

PETALING JAYA: Pelkaon Sharnaaz Ahmad akan bergandingan dengan aktres Neldyia Senrose dalam drama bersiri berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang akan disiarkan setiap Isnin hingga Rabu bermula 9 Disember ini, pukul 10 malam di Astro Mustika (saluran 134).

Drama bersiri 60 episod ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel popular karya E-Man Sufi dan diarahkan oleh Jamal Khan.

Pengurus Saluran Mustika HD, Natasha Hashim berkata, saluran ini sudah sinonim dengan drama bersiri terbaik dan mengumpulkan kelompok peminat tersendiri.

"Gabungan pemilihan novel yang padat dengan jalan cerita ditambah dengan olahan dan pengarahan drama yang baik mejadi nadi kepada karya hebat tersebut.

"Kita juga berbesar hati memperkenalkan lagu tema Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang berjudl Salahkah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Datuk Rossa dan Hafiz," katanya.

Drama ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki kataris bernama Jebat lakonan Sharnaaz, berdarah campuran Melayu dan Cina yang berubah daripada jalan hitam kepada kehidupan yang semakin baik.

Jebat jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Matura lakonan Nelydia selepas tekad berhijrah mendalami agama Islam.

Pelbagai konflik terjadi yang menjadi halangan percintaan mereka.

Drama ini turut dibintangi oleh Iqram Dinzly, datuk Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Chew Kin Wah, Adeline Tsen dan Tony Eusoff.

Artikel Berikut

Alif Satar Cemburukan Kejayaan Hafiz

Artikel Berkaitan

default image

Kintang Kintung Bersiaran Pukul 9 Malam

default image

Penanggal Menang Tiga Trofi MDFA 2013

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain