suria

Madonna Tidak Malu Gambar Bogel Disebarkan

Madonna
Madonna
Madonna

PENYANYI Madonna mengakui tidak berasa malu apabila gambar bogelnya semasa remaja telah disebarkan di Internet secara meluas baru-baru ini.

Menurut laporan New York Daily, penyanyi berusia 55 tahun itu memberitahu dia bertindak demikian untuk tugasan kelas seni pada ketika itu dan tidak melihat ia sebagai satu kesalahan.

"Perkara itu sudah lama berlalu dan saya berbogel kerana tugasan dalam kelas seni. Tiada apa yang perlu saya malukan," katanya.

Gambar berkenaan diambil oleh Herman Kulkens pada tahun 1977 memperlihatkan Madonna yang ketika itu menuntut di Universiti Michigan berbogel bersama rakannya.

Madonna ketika itu dibayar sebanyak RM30 (USD10) untuk sesi selama sejam dan ada di antara gambar-gambar tersebut telah disiarkan dalam majalah lucah di Amerika Syarikat.

Koleksi gambar itu kini dimiliki oleh Jeremy Frommer dan ia bakal dilelong pada 9 November ini di guccionecollection.com.

Artikel Lain