suria

Lindsay Lohan Keluar Pusat Pemulihan

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

SELEPAS melalui pelbagai proses, akhirnya Lindsay Lohan lulus beberapa ujian sebelum diberi pelepasan untuk keluar dari pusat pemulihan Cliffside Malibu Rehab Center.

Menurut laporan portal Just Jared, bintang filem Mean Girls itu dibenarkan keluar pada Selasa lalu dan Lindsay dilihat begitu gembira selepas beberapa minggu ditahan di pusat pemulihan itu.

"Lindsay nampak seperti orang baharu. Penampilannya juga nampak segar berbanding sebelum ni," kata sumber.

Pelakon berusia 27 tahun itu tampil dengan mengenakan gaun biru bercorak dipadankan dengan jaket rona coklat.

Lindsay turut memakai kasut but tinggi bersama tas tangan biru membuatkan penampilannya cukup sempurna.

Terdahulu, Lindsay diarahkan menjalani pemulihan selama 90 hari atas beberapa kesalahan sosial.

Jika tidak mengikut arahan tersebut, Lindsay mungkin akan berdepan dengan hukuman penjara pula.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain