suria

FFM25: Gafim Belum Terima Mandat Dari Finas

Jurey memberitahu Gafim masih belum menerima sebarang mandat daripada Finas berhubung penganjuran FFM 25 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Disember ini.
Jurey memberitahu Gafim masih belum menerima sebarang mandat daripada Finas berhubung penganjuran FFM 25 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Disember ini.
Jurey memberitahu Gafim masih belum menerima sebarang mandat daripada Finas berhubung penganjuran FFM 25 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Disember ini.

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) menjelaskan masih belum menerima sebarang mandat berhubung kerjasama penganjuran Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25) yang dijadualkan berlangsung pada 30 Disember depan.

Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli berkata, mesyuarat yang diadakan bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) sekalu pengajur bersama pada Khamis lalu masih belum memutuskan peranan mereka dalam festival tersebut namun tiga wakil dari gabungan itu telah dilantik dalam Jawatankuasa Induk FFM 25.

"Setakat ini mandat mengenai apa peranan Gafim dalam pengajuran FFM 25 masih belum diputuskan namun tiga ahli kami telah dimasukkan sebagai Ahli Jawatankuasa induk festival itu.

"Kami masih menunggu arahan daripada Finas mengenai perkara itu dan berharap ia akan berjalan dengan lancar," ujarnya kepada mStar Online.

Terdahulu Finas dan Gafim berjaya mencapai kata sepakat mengenai kemelut dan salah faham yang melanda kedua-dua pihak apabila Gafim yang sebelum ini turut menganggotai jawatankuasa penganjuran FFM mendakwa diketepikan oleh Finas yang hanya akan bekerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bagi acara berkenaan.

Gabungan itu disertai 11 persatuan seni termasuklah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (Papita) dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM).

Dalam pada itu, Jurey memberitahu pihaknya menjangkakan festival itu akan ditunda pengajurannya ke tahun hadapan kerana masalah kesuntukan masa.

"Jika ikutkan dari segi masa rasanya FFM 25 akan ditunda ke tahun hadapan dan paling cepat ia boleh diadakan pada penghujung Januari atau awal Februari.

"Namun itu hanya jangkaan kami kerana semua keputusan terletak di tangan pihak Finas sebagai penganjur utama," jelasnya.

Pada tahun ini dianggarkan kira-kira 75 filem cereka yang ditayangkan bagi tempoh 27 Oktober 2011 hingga 30 Oktober ini layak untuk dipertandingkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain