suria

Juhi Chawla Nafi Jadi Calon Pilihan Raya

Juhi Chawla
Juhi Chawla
Juhi Chawla

AHMEDABAD: Pelakon Bollywood, Juhi Chawla tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk bertanding dalam pilihan raya Dewan Gujarat melalui mana-mana parti atau peringkat bahagian.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui suaminya iaitu Jay Metha, Chawla berkata tidak pernah berhasrat untuk menyertai mana-mana pertandingan politik termasuklah menjadi calon pilihan raya.

“Saya ingin membuat penjelasan yang saya tidak pernah merancang bertanding dalam pilihan raya seperti mana yang dilaporkan oleh media,” katanya dalam kenyataan itu.

Beberapa akhbar tempatan sebelum ini ada menyiarkan laporan dengan mengatakan pelakon popular itu mahu menentang presiden parti Kongres Gujarat iaitu Arjun Modhwadia. - newkerala.com

Artikel Lain