Hubungan Bkay Nair & Arja Lee Renggang Tanpa Sebab - Hiburan | mStar

Hubungan Bkay Nair & Arja Lee Renggang Tanpa Sebab

Bkay Nair.
Bkay Nair.

KUALA LUMPUR: Pelakon Bkay Nair berasa pelik kerana hubungannya yang rapat dengan aktor Arja Lee kira-kira setahun lalu menjadi renggang dan terputus tanpa alasan yang kukuh.

Bkay atau nama sebenarnya Tryambikay Vengades, 30, berkata keintiman mereka hanya dapat bertahan untuk seketika sebelum hubungan itu berlalu begitu sahaja sehingga dia sendiri tertanya-tanya apakah puncanya.

"Saya pun tidak pasti mengapa kami jadi renggang walaupun sebelum itu kami memang rapat. Kami tidak bergaduh atau berselisih pendapat sepanjang berkawan.

"Apa yang saya sedar, selepas beberapa bulan, hubungan kami mempunyai jurang dan tidak lagi berhubung antara satu sama lain.

"Mungkin faktor jarak jauh kerana dia belajar di Pulau Pinang sedangkan saya di sini menyebabkan kami tidak berhubung dan terputus begitu sahaja," katanya.

Bkay berkata demikian selepas pelancaran syarikat perunding imej miliknya, Bkay Nair Resources di Changkat Bukit Bintang di sini, petang Khamis.

Katanya, faktor kesibukan dengan komitmen hidup masing-masing antara punca masalah itu berlaku.

"Kami langsung tidak pernah bertemu atau berhubung sampai ke hari ini sejak hubungan kami renggang. Kami tidak bergaduh cuma tiada keserasian barangkali," katanya.

Mengenai syarikat perunding imej yang baru dilancarkan itu, Bkay berkata dia sudah lama berhajat untuk mengembangkan minat dan pengetahuan dalam aspek kecantikan kepada cabang perniagaan.

"Sejak usia 19 tahun lagi saya sudah cenderung pada ilmu penjagaan kecantikan dan penampilan diri.

"Berkat ilmu dan kemahiran daripada kursus yang saya ceburi serta pengalaman dalam bidang seni dan peragaan, saya nekad untuk fokus pada perniagaan ini pada tahun ini.

"Kalau diikutkan syarikat sudah beroperasi sejak empat tahun lalu, cuma pada penghujung tahun lepas baru saya yakin untuk bergiat sepenuh masa," katanya.

Katanya, syarikat itu bakal beroperasi di lokasi baru di Damansara Utama dekat sini selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Untuk maklumat pakej dan harga kursus rundingan imej, boleh layari bkaynair.blogspot.com.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain