suria

Angelina Jolie Berang Terhadap Ibu Brad Pitt

Angelina Jolie
Angelina Jolie
Angelina Jolie

LOS ANGELES: Aktres Angelina Jolie dilaporkan berasa geram terhadap ibu kepada kekasihnya Brad Pitt iaitu Jane kerana membelikan pakaian perempuan untuk anak perempuan mereka Shiloh.

Jolie berkata tindakan tersebut seperti tidak menghormati selera berfesyen anak kandungnya yang berusia enam tahun itu kerana sudah jelas Shiloh gemar berpakaian seperti kanak-kanak lelaki.

“Kita sudah sedia maklum Shiloh gemar berpakaian seperti kanak-kanak lelaki. Namun, Jane mendesak untuk membelikan pakaian perempuan seperti pakaian tuan puteri dan pari-pari.

“Jolie berpendapat tindakan Jane itu seperti tidak menghormati kegemaran anaknya,” kata sumber seperti dipetik laman femalefirst.co.uk.

Selain Shiloh, aktres berusia 37 tahun itu mempunyai tiga anak angkat iaitu Maddox, 10, Pax, 9, dan Zahara, 7.

Jolie dan Pitt turut mempunyai sepasang anak kandung kembar bernama Knox dan Vivienne, yang berusia empat tahun.

Artikel Lain