suria

Botak Punca Afique Hussain Hilang Banyak Tawaran

Afique bakal muncul dengan drama Baitul Rahmat di TV1 bermula 1 Ramadan ini. Foto RAYMOND OOI.
Afique bakal muncul dengan drama Baitul Rahmat di TV1 bermula 1 Ramadan ini. Foto RAYMOND OOI.
Afique bakal muncul dengan drama Baitul Rahmat di TV1 bermula 1 Ramadan ini. Foto RAYMOND OOI.

PETALING JAYA: Pelakon baru drama bersiri Seindah Sakura, Afique Hussain menyedari masalah botak yang dialaminya menjadi punca dia kurang mendapat tawaran berlakon.

Afique, 27, dia bukan sengaja untuk berimej sedemikian sebaliknya masalah kegagalan rambut untuk tumbuh telah berlaku sejak sekian lama sehingga menjejaskan mata pencariannya dalam bidang seni.

"Jika kepala saya tiada masalah memang saya akan simpan rambut tetapi malangnya masalah itu agak teruk sehingga memaksa saya tampil dengan imej botak.

"Bagaimanapun saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk berputus asa hanya kerana ada pihak tidak mahu mengambil saya berlakon disebabkan imej tersebut," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui di sini pada Selasa.

Bagaimanapun kata Afique, bukan semua syarikat produksi bersikap sedemikian kerana masih ada pihak yang mengambilnya berlakon dalam drama terbitan mereka.

Dalam pada itu, Afique memberitahu dia sangat berbangga dapat berlakon di bawah arahan pelakon terkenal iaitu Sheila Rusly menerusi drama rantaian berjudul Baitul Rahmat yang bakal disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini di TV1 nanti.

Afique menjelaskan, walaupun Sheila agak garang di lokasi tetapi dia dapat belajar banyak perkara daripada pengarah itu terutamanya untuk mendalami sesuatu watak.

"Kak Sheila marah bersebab dan setiap kali dia marah ada perkara yang saya dapat belajar daripadanya dan saya sangat bertuah dapat berlakon di bawah arahan beliau," katanya.

Tambah Afique, dia sangat berbesar hati jika dapat bekerjasama sekali lagi dengan Sheila dan suaminya, Jinggo pada masa hadapan.

Baitul Rahmat bakal disiarkan bermula 21 Julai ini pada pukul 7.30 malam dan siaran ulangan pada pukul 5 pagi setiap Khamis dan Jumaat.

Sementara itu, Afique melahirkan rasa gembira apabila mula dikenali oleh peminat selepas dia memegang watak sebagai Roni dalam drama bersiri Seindah Sakura di samping Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad yang disiarkan di TV3 baru-baru ini.

Kata Afique, dia berharap dengan penerimaan penonton terhadap dirinya akan membuka lebih banyak ruang untuk dia terus mengembangkan bakat lakonannya.

"Alhamdulillah boleh dikatakan kini ada perubahan apabila saya sudah mula dikenali kerana watak Roni yang jahat dalam drama bersiri itu.

"Harap-harap ia menjadi petanda baik buat diri saya," ujarnya yang memasang angan-angan untuk berlakon di bawah arahan Osman Ali, Bade Hj Azmi dan Syamsul Yusof.

Selain Baitul Rahmat, lakonan Afique turut boleh disaksikan menerusi drama Puisi Cinta Rabiah setiap hari Rabu pukul 9 malam di TV2.

Artikel Lain