suria

Ariel (Peterpan) Boleh Diterima Peminat Selepas Keluar Penjara

Bimbim Slank yakin Ariel akan kembali popular di kalangan peminat.
Bimbim Slank yakin Ariel akan kembali popular di kalangan peminat.
Bimbim Slank yakin Ariel akan kembali popular di kalangan peminat.

VOKALIS kumpulan Slank, Bimbim yakin rakannya iaitu Ariel (Peterpan) mampu melonjakkan kembali namanya sebagai penyanyi selepas dibebaskan daripada penjara pada 23 Julai ini.

Bimbim memberitahu jika Ariel tampil dengan karya yang bagus tiada sebab untuk peminat melupakannya dan tidak mustahil dia akan menakluki kembali persada muzik di Indonesia.

"Ariel mempunyai potensi besar untuk menempa kembali namanya di persada muzik kerana dia bukan sahaja seorang penyanyi yang bagus malah karya-karyanya juga berkualiti," ujarnya.

Tambah Bimbim, rupa paras Ariel yang kacak juga adalah bonus buatnya untuk memikat hati peminat.

"Dia masih kacak dan itu adalah kelebihan untuk dirinya memenangi hati peminat," ujarnya.

Penyanyi itu dihukum penjara selepas tersebar gambar perlakuan lucahnya dengan seorang artis wanita.

Artikel Berikut

Artikel Lain