Deanna Yusoff Pilih Untuk Terus Membujang

Deanna selesa hidup membujang.
Deanna selesa hidup membujang.
Deanna selesa hidup membujang.

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Deanna Yusoff memilih untuk hidup membujang walaupun sudah berusia 45 tahun kerana merasakan keputusan tersebut adalah satu tindakan terbaik untuk dirinya.

Deanna berkata, dia tidak pernah berasa takut untuk mendirikan rumah tangga sebaliknya masih belum bertemu dengan individu yang benar-benar sesuai untuk diangkat menjadi seorang suami.

"Saya seronok dengan kehidupan sekarang. Kerana itulah perkahwinan tidak menjadi keutamaan kepada saya.

"Pilihan ini adalah keputusan sendiri dan bukan kerana kecewa akibat gagal dalam percintaan sebelum ini," ujarnya kepada mStar Online.

Deanna ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran filem Bola Kampung - The Movie di sini pada Selasa.

Bagaimanapun kata Deanna, dia tidak menolak jika suatu hari nanti jodohnya akan tiba dan berharap ia akan kekal selama-lamanya.

"Jika ada jodoh, saya berharap lelaki itu adalah seorang yang menjadi dirinya sendiri, tidak sombong, baik hati dan pemurah bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi sikap serta tanggungjawabnya.

"Buat masa ini hidup saya tidak sunyi kerana dikelilingi oleh rakan-rakan dan keluarga yang banyak mengisi ruang dalam hidup saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Deanna berkata, dia tidak pernah menghilangkan diri daripada industri hiburan tanah air cuma kelibatnya jarang muncul di media massa menyebabkan ramai tidak menyedari kehadirannya.

Deanna memberitahu, sehingga kini dia masih sibuk dengan pelbagai undangan lakonan, nyanyian, menjadi pengacara namun mengakui lebih selektif terhadap tawaran yang diterima terutamanya dalam bidang lakonan.

"Tawaran berlakon memang banyak tetapi kebanyakannya adalah watak yang pernah saya terima sebelum ini sebab itu saya jarang muncul di kaca televisyen," ujarnya.

Kali terakhir muncul dalam filem Chermin pada tahun 2006, Deanna bagaimanapun berkata, peminat boleh menyaksikan lakonannya dalam drama bersiri Cendana di Astro Prima pada bulan depan.

Selain Chermin, antara filem lakonan Deanna sebelum ini adalah Selubung (1992), Abang 92 (1992) dan Ringgit Kasorrga (1995).

Sementara itu, Deanna berkata, selain aktiviti seni, dia juga sibuk menguruskan syarikatnya iaitu Artisanal Asia Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan yang diberi nama Grandjean iaitu coklat premium daripada Switzerland.

Buat masa ini dia hanya menerima tempahan untuk pembelian coklat tersebut secara dalam talian dan membuat penghantaran terus kepada pelanggan.

"Coklat premium dari Switzerland ini adalah antara terbaik dan ia perlu dibawa menaiki kapal terbang jika ada tempahan dibuat oleh pelanggan.

"Setakat ini perniagaan berjalan lancar dan sering mendapat tempahan untuk majlis-majlis korporat atau perkahwinan.

"Saya juga merancang untuk memperluaskan lagi perniagaan ini dengan membawa masuk lebih banyak coklat terbaik daripada sana," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain