suria

Halle Berry & Olivier Martinez Sah Bertunang

Aktres Halle Berry dan tunangnya, aktor Olivier Martinez
Aktres Halle Berry dan tunangnya, aktor Olivier Martinez
Aktres Halle Berry dan tunangnya, aktor Olivier Martinez

LOS ANGELES: Aktres Halle Berry dan kekasihnya, Olivier Martinez akhirnya meleraikan segala khabar angin dan spekulasi sejak beberapa minggu lalu apabila mereka mengesahkan sudah mengikat tali pertunangan pada 10 Mac lepas.

Difahamkan, pegawai seranta aktres itu mengesahkan berita tersebut kepada Access Hollywood pada pagi Isnin (waktu tempatan).

Berita gembira itu bagaimanapun disahkan Martinez terlebih dahulu pada hujung minggu lalu, ekoran spekulasi yang mendakwa pasangan itu bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Menurut laporan Miami Herald, Martinez mengakui khabar angin mengenai majlis pertunangan itu ketika dia berada di Florida bagi mempromosikan acara pembukaan restorannya, Villa Azur, sebagai berkata, “Ya, memang (khabar angin pertunangan) benar.”

Martinez turut dilaporkan mengesahkan laporan berita mengenai cincin pertunangan mereka sebagai berkata, “Ada tukang emas yang mengambil kesempatan mendakwa mereka sebagai pembuat cincin itu. Pihak itu langsung tidak terlibat dengan pertunangan kami sebenarnya.”

Dia menambah, cincin itu sebaliknya direka oleh tukang emas legenda dari Parsi, Robert Mazlo yang disifatkan aktor itu sebagai ‘artis yang sebenar’, di mana keluarganya pernah mereka bentuk barangan kemas untuk keluarga diraja selama berabad-abad.

Ia merupakan perkahwinan ketiga buat Berry.

Aktres berusia 45 tahun itu mempunyai seorang anak perempuan Nahla, 3, bersama bekas kekasih Gabriel Aubry. Pemenang anugerah Oscar itu pernah berkahwin dengan bintang bola keranjang David Justice pada 1993 dan berpisah empat tahun kemudian.

Dia kemudiannya berkahwin dengan penyanyi Eric Benet pada 2001 dan bercerai pada 2005.

Martinez pula pernah menjalin hubungan dengan penyanyi Kylie Minogue dan berpisah pada 2007.

Artikel Lain