suria

Jovian Mandagie Selesa Bergelar Pengacara

Jovian Mandagie selesa bergelar seorang pengacara.
Jovian Mandagie selesa bergelar seorang pengacara.
Jovian Mandagie selesa bergelar seorang pengacara.

PETALING JAYA: Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie kini bergelar seorang pengacara dalam sebuah program mengenai persiapan perkahwinan berjudul Mahligai Cinta di TV3.

Jovian berkata, penglibatannya dalam program itu adalah secara kebetulan selepas sering muncul dalam program terbitan stesen televisyen itu sebagai tetamu jemputan.

"Sebenarnya saya tidak pernah terfikir untuk bergelar seorang pengacara atau terlibat secara langsung di hadapan kamera.

"Tetapi semuanya berlaku apabila saya sering muncul sebagai tetamu jemputan dalam segmen-segmen fesyen dan pihak TV3 melihat kebolehan saya berada di depan kamera," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Jovian berkata, dia selesa mengacarakan program Mahligai Cinta kerana isi kandungannya melibatkan kerjayanya sebagai pereka fesyen.

Tambah Jovian, dia tidak mengalami sebarang kesulitan ketika mengacarakan program itu kerana telah biasa muncul sebagai tetamu jemputan.

"Pada satu tahap ia menjadi mudah kerana topiknya berkaitan dengan dunia fesyen dan berkaitan dengan kerjaya saya. Itu telah menjadi kelebihan kepada saya.

"Bagaimanapun masa mula-mula dahulu memang rasa sedikit kekok apabila memikirkan saya bukan ditemuramah tetapi menjadi pengacara program tersebut.

Sementara itu, Jovian memberitahu program berkenaan telah siap menjalani penggambaran bagi dua musim dan dia sedang menanti lampu hijau pihak produksi untuk merakamkan musim terbaru Mahligai Cinta.

Jovian juga memberitahu, program sebanyak 13 episod itu turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton iaitu kira-kira 800 ribu penonton setiap episod.

"Kejayaan program itu mendapat perhatian penonton telah menggerakkan TV3 untuk menyambung musim terbaru program itu dengan pelbagai input dan segmen menarik untuk penonton," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jovian mengakui populariti program itu telah membantu menaikkan namanya sebagai pereka fesyen dan jenamanya dengan nama sama.

Artikel Sebelum

Artikel Lain