suria

Ashanti Bocor Rahsia Mengenai Album Baru

Ashanti bakal muncul dengan album baru pada 17 April depan.
Ashanti bakal muncul dengan album baru pada 17 April depan.
Ashanti bakal muncul dengan album baru pada 17 April depan.

PENYANYI yang pernah popular dengan lagu Foolish, Ashanti telah mendedahkan mengenai kehadiran album terbarunya berjudul Braveheart kepada peminat.

Album yang akan dilancarkan pada 17 April depan itu turut memuatkan single berjudul The Woman You Love yang menampilkan bersama penyanyi rap terkenal, Busta Rhymes.

Ashanti juga memberitahu dia bakal melakukan kolaborasi dengan penyanyi R. Kelly dan Keyshia Cole.

Penyanyi itu kali terakhir muncul pada tahun 2008 berjudul The Declaration dan terjual sebanyak 86,000 unit pada minggu pertama ia dilancarkan.

Artikel Lain