suria

Spekulasi Lady Gaga Bertunang Tersebar

BINTANG Hollywood yang mempunyai peminat fanatikm seluruh dunia, Lady Gaga sudah bersedia untuk meneruskan langkah seterusnya dalam perhubungan apabila dia dikatakan akan bertunang dalam waktu terdekat.

Spekulasi berkenaan mula bertiup mengatakan Gaga akan bertunang dengan seorang pelayan bar, Luc Carl.

Berita itu mula tersebar apabila Luc Carl dan Gaga telah berpindah ke sebuah rumah mewah bersama.

Hubungan Gaga dengan lelaki itu dikatakan terjalin sejak dua tahun lalu selepas kedua-dua mereka berpisah ketika Gaga belum mencipta kemasyhurannya sebagai seorang artis.

Bagaimanapun pasangan itu dilaporkan telah memutuskan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius termasuklah memikirkan satu tarikh untuk mereka disatukan sebagai suami isteri.

Berita berkenaan membuatkan peminat artis itu tertanya-tanya adakah spekulasi yang sedang bertiup tersebut akan menjadi kenyataan ataupun tidak. – newkerala.com

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain