suria

Inul Mahu Anaknya Warisi Inul Vizta

PENYANYI Inul Daratista tidak mahu anaknya lelakinya, Yusuf, mengikuti jejak langkahnya sebagai seorang penyanyi. Dia mahu anaknya menyambung perniagaan pusat karaokenya, Inul Vizta.

Kata Inul, dia tidak mahu anaknya menjadikan nyanyian sebagai kerjaya seperti yang dilakukannya, namun dia mengizinkan jika ia hanya sekadar hobi semata-mata.

"Tidak, aku berharap dia tidak menjadikan dunia hiburan sebagai sumber rezekinya. Kalau sekadar hobi sahaja saya benarkan tetapi bukan jika mahu menjadi penyanyi atau pemizik," ujarnya.

Tambah Inul, dia yakin masa depan puteranya itu lebih terjamin jika bergelar usahawan.

"Dunia hiburan tidak mampu bertahan selamanya, sebab itu saya mahu dia dia mempunyai perniagaannya sendiri. Jika tiada sekalipun saya mahu dia meneruskan perniagaan yang sudah saya jalankan sekarang," katanya.

Artikel Sebelum

Yana Tidak Silap Percaturan

Artikel Berikut

Ariz, "Terbaik Dari Ladang"

Artikel Lain