suria

Lindsay Lohan Kembali Bercinta Dengan Lesbian

HUBUNGAN cinta aktres Hollywood Lindsay Lohan dan kekasih lesbiannya, Samantha Ronson kembali bertaut.

Pasangan ini pernah bercinta dan putus hubungan pada akhir tahun 2009 lalu.

Menurut Showbiz Spy, Khamis, salah seorang ahli keluarga Ronson berkata Lindsay dan Ronson berniat untuk memperbaiki hubungan cinta mereka. Mereka mula berbaik ketika Lindsay menjalani hukuman penjara.

"Hubungan Lindsay dan Sam kali ini lebih serius dan mereka merahsiakan hubungan itu," ujar ahli keluarga Ronson.

Sumber itu mengakui setelah menjalani proses pemulihan, bintang filem Freaky Friday dan Mean Girls itu berjanji untuk mengubah sikap dirinya.

Pada 11 September lalu, Lindsay dan Ronson mengambil gambar bersama dalam sebuah pesta di Boom Boom Room, salah sebuah kelab malam ternama di New York, Amerika Syarikat. Mereka juga kelihatan berpegangan tangan dalam pesta itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alyah Beraya Secara Sederhana

Artikel Lain