suria

Alyah Beraya Secara Sederhana

Alyah. - Foto THE STAR Oleh DALILAH NADIAH MOHD SHAHRIFUDDIN
Alyah. - Foto THE STAR Oleh DALILAH NADIAH MOHD SHAHRIFUDDIN
Alyah. - Foto THE STAR Oleh DALILAH NADIAH MOHD SHAHRIFUDDIN

BERAYA secara sederhana dan tidak perlu boros berbelanja. Itulah prinsip penyanyi Alyah dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bagi Alyah, seseorang itu tidak perlu boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Ini jelas berbeza dengan perwatakannya sendiri sewaktu kecil yang mendambakan pakaian serta kasut baru.

"Bila dah besar, saya lebih suka menyambut Hari Raya secara sederhana. Saya lebih mengutamakan dua anak angkat saya," katanya kepada mStar Online.

Pelantun lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ciptaan Ajai ini mengakui dia lebih mengutamakan anak angkatnya, Mohd Alif, 4, dan Naziatul Afiqah, satu tahun lapan bulan dalam menyambut hari lebaran.

Katanya, dia memastikan dua anak angkatnya mendapat baju serta kasut baru berbanding dirinya sendiri.

Untuk Hari Raya ini, Alyah bercuti seminggu di kampung halamannya di Galang Patah, Johor Bahru.

Selepas ini, dia akan giat mempromosikan single terbarunya, Kau Bisu ciptaan Omar K dan lirik oleh Sulu Sarawak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain