Marion Caunter, Dominic Lau Sah Hos 'E! News Asia' - Hiburan | mStar

Marion Caunter, Dominic Lau Sah Hos 'E! News Asia'

KUALA LUMPUR: Pengacara Marion Caunter dan Dominic Lau (juga dikenali sebagai VJ Dom di Channel V) sah diumumkan sebagai pengantara E! News Asia.

Program berita dan gosip selebriti yang popular itu adalah versi Asia kepada E! News Amerika yang dihoskan oleh Ryan Seacrest and Guiliana Rancic di saluran E! Entertainment.

Menurut Caunter, mereka hanya dimaklumkan tentang tugasan besar itu kira-kira dua minggu lalu. Sekaligus kedua-dua hos selebriti ini perlu terus bersiap-sedia untuk mengendalikan episod pertama program itu, malam Ahad ini.

"Saya macam tak percaya dengan berita ini. Saya dan Dom memang saling mengenali dan kami pernah bergurau jika dapat mengacarakan program E!.

"Malah kami pernah terfikir bagaimanakah rasanya jika dapat mengacarakan program itu seperti yang dilakukan oleh Ryan dan Guiliana. Tak sangka pula gurauan itu jadi kenyataan," kata Caunter.

"Ia satu pengalaman yang hebat dan luar biasa. Ia adalah kerjaya yang saya impikan. Saya selalu teringin untuk lakukan apa yang Ryan lakukan," jelas Lau.

Pencarian hos untuk program versi Asia itu mula dilakukan sejak Februari lalu. Pemilihan Marion Caunter dan Dominic Lau di antara ratusan yang hadir mencuba nasib telah menjawab segala teka-teki mengenai hos bertuah yang bakal mengemudikan program popular itu.

"Dom dan Marion menjadi pilihan kerana mereka paling menyerlah ketika di sesi ujibakat tempoh hari. Malah, kebolehan dan kepelbagaian yang mereka tampilkan menepati kriteria yang kami cari.

"Apa yang paling penting, mereka memiliki keistimewaan masing-masing dan dilihat bersesuaian dengan format dan konsep program ini," kata Pengarah Urusan kepada Comcast International Media Group (CIMG), Asia Pasifik, Christine Fellowes.

Penonton boleh menyaksikan Canter dan Lau menemuramah bintang-bintang besar Asia di Anugerah Filem Asia keempat di Hong Kong, baru-baru ini dalam program yang bakal bersiaran bermula Ahad ini jam 9.30 malam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain