suria

Keluarga Benjy Sudah Diberitahu Sebab Penahanannya - Polis

Benjy ditahan semula selepas diikat jamin. Foto The Star Oleh MOHD SAHAR MISNI
 Benjy ditahan semula selepas diikat jamin. Foto The Star Oleh MOHD SAHAR MISNI
Benjy ditahan semula selepas diikat jamin. Foto The Star Oleh MOHD SAHAR MISNI

KUALA LUMPUR: Polis telah memberitahu sebab-sebab penangkapan semula pelakon Khairell Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, kepada ibunya, dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty dan keluarganya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Kiang berkata perkara itu dimaklumkan kepada mereka ketika mereka datang ke balai polis. "Keluarganya telah datang sendiri ke balai polis untuk mengetahui sebab Benjy ditahan semula dan mereka dapat menerima keputusan tersebut," katanya kepada Bernama hari ini.

Kang bagaimanapun melahirkan rasa kecewa dengan laporan beberapa media yang menyatakan Azean tidak diberitahu sebab-sebab penangkapan semula anaknya.

"Kami berasa kecewa dengan kenyataan beberapa media berhubung perkara ini dan tidak ada masalah antara pihak polis dengan keluarga Benjy setakat ini", katanya.

Benjy ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes dadah.

Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin di kompleks mahkamah itu oleh dua orang anggota polis pada 2.50 petang sejurus sahaja Azean selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain