suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Dhani Yakin Jadi Ayah Terbaik

PENYANYI kumpulan Dewa, Ahmad Dhani selalu berkira dengan pencapaiannya selama ini. Termasuk perananya sebagai orang tua kepada ketiga-tiga puteranya, Al, El dan Dul.

Setelah bercerai dengan Maia Estianty, Dhani kini mengambil alih tugas mengasuh ketiga-tiga anaknya seorang diri.

Walaupun sibuk mengerjakan berbagai projek muzik, Dhani masih sanggup memberikan kasih sayang dan perhatian kepada Al, El dan Dul.

Dhani turut memberitahu bahawa dia kini sudah berubah menjadi ayah terbaik di dunia. "Saya adalah ayah yang terbaik," ujarnya.

Dhani boleh memenuhi apa yang diinginkan oleh ketiga-tiga anaknya itu. Seperti baru-baru iDhani telah membelikan anak-anaknya sebuah kereta jenis Hummer H2.

"Sebelumnya saya ragu apakah saya ayah yang baik? Tapi ramai yang meyakinkan saya kalau saya boleh menjadi ayah yang baik," tambahnya.

Cara Dhani mendidik ketiga-tiga anaknya juga sangat dipuji. Dhani juga berjanji tidak akan mengubah gayanya dalam hal mengasuh Al, El dan Dul.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain