suria

Keira Knightley Diancam Oleh Peminat

AKTRES Britain Keira Knightley yang merasakan dirinya diancam telah bertindak membuat laporan polis gara-gara sering diekori oleh seorang peminat lelaki.

Peminat itu dilaporkan sering menunggu Knightley di luar pintu belakang panggung Comedy Theatre, lokasi aktres itu mengadakan persembahan teater yang berjudul The Misanthrope, demikian menurut laporan akhbar The Sun.

Lelaki berusia 41 tahun itu ditangkap di luar kawasan panggung pada hari Khamis lalu dan ditahan untuk siasatan lanjut.

"Keira berasa terancam dengan lelaki itu yang kerap kali muncul dan cuba untuk berbual dengannya.

"Bagaimanapun, lelaki itu tidak melakukan sebarang tindakan yang berbahaya terhadapnya.

"Cuma berasa terlalu bimbang hingga membuat laporan polis," demikian menurut satu sumber.

Artikel Berikut

Artikel Lain