suria

Sarah Jessica Parker Kesal Berlakon 'Sex & The City 2'?

Sarah menyesal membabitkan diri di dalam sekuel Sex & The City kerana perlu meletakan komitmen tinggi - foto AP
Sarah menyesal membabitkan diri di dalam sekuel Sex & The City kerana perlu meletakan komitmen tinggi - foto AP
Sarah menyesal membabitkan diri di dalam sekuel Sex & The City kerana perlu meletakan komitmen tinggi - foto AP

'PENYESALAN' mungkin satu perkataan yang agak besar dan keterlaluan untuk menggambarkan perasaan yang dirasai oleh bintang 'Sex and The city', Sarah Jessica Parker mengenai pembabitannya di dalam sekuel filem itu.

Namun, menerusi temuramah bersama sebuah blog hiburan popular antarabangsa baru-baru ini, Sarah menyesal kerana komitmen yang harus diberikan kepada projek itu.

Akibatnya, Sarah terpaksa berjauhan daripada bayi kembarnya yang baru berusia 4 bulan, Tabitha dan Marion untuk jangka masa yang terlalu panjang ekoran jadual penggambaran yang terlalu padat.

Ketika ditanya mengenai kerjaya dan pengalaman memiliki bayi kembar, Sarah tidak teragak-agak meluahkan penyesalannya kerana kesibukan komitmennya terhadap filem itu.

"Memiliki bayi kembar merupakan satu pengalaman yang sungguh hebat dan luarbiasa. Namun, keadaan menjadi sedikit rumit disebabkan jadual kerja saya yang terlalu padat dan perkara ini amat saya kesali," jawab Sarah bersahaja.

Namun di sebalik penyesalannya, Sarah yakin dan teruja dengan sekuel 'Sex and The City' yang dianggapnya lebih menyeronokkan dan seksi daripada filem pertama.

"Filem pertama 'Sex and The City' lebih tertumpu kepada elemen kesedihan yang dilihat amat berbeza daripada ciri tradisi sebuah filem komedi romantik.

"Sekuel filem ini pula disifatkan sebagai antidot kepada filem pertama. Plot kali ini berfokus kepada persepsi dan definisi perkahwinan di mata lelaki dan wanita, tradisi lama dan konsep perkahwinan masa kini. Elemen lucu, bertenaga dan seksi diterapkan bagi menambah warna kepada filem ini," jelas Sarah lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain