suria

Mel Gibson gagal jadi Ejen 007 kerana "terlalu pendek"

-Foto AP
-Foto AP
-Foto AP

MEL Gibson ingin pegang watak James Bond tetapi hasratnya itu ditolak oleh produser 007, Cubby Broccoli ekoran tidak memiliki ketinggian standard untuk seorang perisik dalam filem itu.

Perkara itu didedahkan oleh penulis skrip Tom Mankiewicz. Beliau pernah menulis skrip 'Live And Let Die' dan 'The Man With The Golden Gun'.

Bercakap di konvensyen James Bond di Los Angeles, Mankiewicz berkata ketinggian Gibson 5 kaki 9 inci tidak melayakkan pelakon terkenal itu untuk memegang watak perisik terkenal itu.

"Pada suatu peringkat, Mel Gibson ingin berlakon sebagai Bond," menurut Mankiewicz.

Bagaimanapun katanya, Cubby membantah pemilihan Gibson sebagai Ejen 007 kerana pelakon itu tidak tinggi.

"Saya ingin membuat filem James Bond. Saya tidak ingin membuat filem Mel Gibson," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain