Michael JacksonBERITA buruk untuk peminat Michael Jackson. Bintang handalan pop itu telah dikenal pasti menghidap kanser kulit.Menurut laporan media, para doktor mendapati ketumbuhan sel-sel kanser pada bahagian leher dan sel-sel pra-kanser pada wajah Raja Pop tersebut. Kehidupan Jackson semenangnya penuh dengan kontroversi. Misalnya, dia menjuntaikan bayi lelakinya dari beranda hotel, pelbagai pembedahan plastik, tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak dan pelbagai perkahwinan.Perkahwinan Jackson yang paling heboh diperkatakan adalah dengan Lisa Marie Presley - anak perempuan Elvis Presley.Berbalik kepada penyakit Jackson itu, para penyokong Jackson tidak perlu gusar kerana ianya boleh diubati.Malah Jackson sendiri berazam pulih segera agar dia dapat menjayakan siri konsertnya.