suria

Bo boleh 'duduk, geleng, bergolek'

Malia membawa Bo berjalan-jalan di perkarangan Rumah Putih di Washington.
Malia membawa Bo berjalan-jalan di perkarangan Rumah Putih di Washington.
Malia membawa Bo berjalan-jalan di perkarangan Rumah Putih di Washington.

ANJING peliharaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dikenali sebagai Bo kini menetap di `rumah baru' iaitu Rumah Putih di Washington.

"Ia (Bo) mempunyai kualiti `bintang'," Obama berkata demikian baru-baru ini selepas membawa anjing itu berjalan-jalan di sekitar halaman rumput kediaman rasminya.

Anak perempuan Obama, Malia berkata kepada pemberita, dia menyayangi Bo kerana ia adalah sempurna.

Sementara itu, pelatih Bo, Dawn Sylvia berkata, Bo telah mempelajari beberapa teknik.

"Bo boleh `duduk, geleng dan bergolek," kata Sylvia yang telah melatihnya sejak Mac lalu.

Tambahnya, Bo tahu arahan `jangan sentuh' dan `tunggu'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain