suria

Priyanka Chopra terlantar sakit

Priyanka terpaksa berehat daripada menjayakan penggambaran filem terbarunya gara-gara diserang demam panas - foto LEISURE MEDIA

PRIYANKA Chopra dikhabarkan terlantar sakit di katil ekoran demam panas. Doktor peribadi menasihati aktres itu mendapatkan rehat secukupnya.

Priyanka sedang membuat penggambaran filem `What's Your Rashee?' arahan Ashutosh Gowariker apabila dia mula berasa kurang sihat.

Ketika suhu badannya melonjak naik, pengarah itu segera menghentikan sesi penggambaran tersebut.

Kawan rapat Bollywood itu memberitahu, "Priyanka benci jatuh sakit tetapi dia telah sakit ekoran demam sejak tiga hari lalu. Suhu badan setinggi 104 darjah Celsius telah menyebabkannya terlantar sakit di katil.

"Kami masih ingat ketika dia membuat penggambaran untuk Dostana, dia jatuh sakit. Namun apabila dia tahu set penggambaran itu akan diturunkan pada hari berikutnya, dia meminta pakar perubatan menemaninya ke set itu.

"Setelah menerima suntikan, Priyanka berjaya menghabiskan sesi penggambaran filem untuk hari tersebut.

"Memandangkan tiada masa ditetapkan untuk filem,"What's Your Rashee?", Priyanka boleh berehat untuk dua hari," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain