suria

Rihanna tuntut Brown minta maaf dalam 'Oprah'?

Rihanna dilaporkan kerap berhubung dengan Oprah Winfrey sejak akhir Februari lalu apabila Opray merayunya agar tidak menerima semula Chris.

BINTANG pop Rihanna dikatakan menuntut Chris Brown untuk muncul bersamanya dalam rancangan Oprah Winfrey dan meminta maaf kepadanya secara terbuka.

Penyanyi lagu `Umbrella' ini dilaporkan telah berbincang dengan Oprah untuk muncul di dalam rancangannya.

"Rihanna kerap berhubung dengan Oprah Winfrey sejak akhir Februari lalu apabila Opray merayunya agar tidak menerima semula Chris.

"Dia berasa sangsi pasangan tersebut boleh kembali bersama. Namun, dengan bersetuju hadir ke rancangan Oprah dan menyatakan betapa dia menyesal atas tindakannya itu, akan mengubah pendiriannya," memetik sumber sebagai berkata kepada satu majalah.

Sumber Oprah bagaimanapun menafikan laporan tersebut.

Sementara itu, Brown telah dibebaskan selepas diikat jamin dengan bayaran 50,000 dolar sehingga kes didengar pada 6 April.

Artikel Berikut

Artikel Lain