suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sorok hubungan, Chea Young Twice dan Zion T rupanya dah 6 bulan bercinta

Chae Young dan Zion T sah bercinta.

KHABAR angin mengenai hubungan istimewa anggota Twice iaitu Chae Young dan Zion T akhirnya terjawab apabila pasangan itu disahkan bercinta.

Menurut laporan Allkpop, mereka dikatakan telah menjalinkan hubungan selama enam bulan dan hanya dihidu sejak kebelakangan ini.

Katanya, mereka berkenalan melalui seorang rakan sebelum mula berubah menjadi kekasih.

zion 22

Pasangan ini berkenalan melalui seorang rakan.

Mereka juga dikatakan tidak merahsiakan hubungan dan dilihat kerap keluar bersama secara terbuka.

Malah mereka pernah meluangkan masa bersama-sama di Hannam dan Yeonhui.

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee mengaku bercinta dengan Ryu Jun Yeol, nafi jadi punca kekasih tinggalkan Hyeri

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan tahun menyulam cinta, Park Shin Woo akhirnya bakal kahwin

Malah pihak agensi Chae Young juga mengesahkan hubungan mereka dan tidak menghalang percintaan tersebut.

"Mereka berdua sedang bercinta dengan perasaan positif antara satu sama lain dan juga saling menyokong," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain