suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan tahun menyulam cinta, Park Shin Woo akhirnya bakal kahwin

Park Shin Woo bakal berkahwin selepas lapan tahun bercinta.

PELAKON Park Shin Woo bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati yang dikenali sejak lapan tahun lalu.

Perkara tersebut disahkan pihak pengurusan aktor berusia 45 tahun itu yang turut memaklumkan majlis bakal berlangsung pada 30 Mac ini.

Majlis pernikahan pasangan itu bakal diadakan di Gyeonggi, Korea Selatan secara tertutup.

neeww

Park Shin dan bakal isteri sudah menjalinkan hubungan cinta selama 8 tahun.

Bagaimanapun identiti bakal isteri Shin Woo yang berusia 39 tahun itu dirahsiakan kerana wanita berkenaan bukan dalam kalangan penggiat seni.

Shin Woo mula mengenali wanita berkenaan selepas dipertemukan oleh rakan terdekat mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan bermasalah hanya khayalan orang, Hailey dan Justin Bieber tidak akan bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy sedih keguguran, impian timang anak kedua tak kesampaian

Dalam pada itu, berita tersebut disambut baik peminat dan teruja untuk melihat wajah bakal isteri pelakon drama The Love in Your Eyes itu.

Shin Woo bakal meneruskan kariernya seperti biasa selepas mendirikan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain