suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkahwinan bermasalah hanya khayalan orang, Hailey dan Justin Bieber tidak akan bercerai

Hailey minta jangan percaya khabar angin mengenai rumah tangganya.

ISTERI Justin Bieber menyifatkan khabar angin mendakwa rumah tangga mereka sedang retak menanti belah sebagai khayalan sesetengah pihak.

Hailey Bieber berkata, ia bukan perkara baru malah fitnah dilemparkan kerana ada pihak kurang senang melihat kebahagiaan mereka.

Susulan itu, model berusia 27 tahun itu meminta orang ramai berhenti menyebar berita palsu selain mendoakan dia dan Justin bercerai.

hailey

Hailey masih sarung cincin perkahwinan.

"Saya tahu mungkin cerita-cerita begini menyeronokkan tapi cuma nak beritahu mereka sentiasa salah.

"Semua khabar angin yang bertebaran tentang saya Justin adalah sama sekali tidak benar," katanya.

Hailey menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak Hailey Bieber lempar pad ke arah pengawal keselamatan, berang dihalang guna tandas pekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Hailey Bieber penat sering diaju soalan tentang anak, perut kembung masuk angin pun disangka hamil

Hailey juga masih lagi memakai cincin perkahwinannya semasa keluar makan bersama rakannya di Beverly Hills pada Selasa lalu.

Sebelum ini kecoh apabila bapa Hailey iaitu Stephen Baldwin meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan Hailey dan Justin.

Bagaimanapun ramai merasakan ia bukan sesuatu yang pelik tetapi ia disensasikan segelintir pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia