suria

Kakak Hailey Bieber lempar pad ke arah pengawal keselamatan, berang dihalang guna tandas pekerja

Alaia (kiri) merupakan kakak kepada Hailey (kanan).

KAKAK kepada model Hailey Bieber ditahan pihak polis atas dakwaan melakukan kekerasan di sebuah kelab malam di Savannah, Georgia.

Memetik laporan People, Alaia Baldwin Aronow didakwa membaling pad atau tuala wanita ke arah pengawal keselamatan (bouncer) dan pekerja bar gara-gara tidak dibenarkan menggunakan tandas.

hai - 1

Keluarga Hailey turut mendapat perhatian media.

Menurut laporan polis bahagian Savannah, kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kakak kepada isteri penyanyi Justin Bieber itu cuba untuk menggunakan tandas pekerja tetapi kakitangan di bar tersebut meminta dia untuk ke tandas awam.

Dakwa pekerja bar tersebut, Alaia enggan menerima arahan dan bertindak ganas menarik rambut salah seorang pengawal keselamatan.

Tidak hanya itu, Alaia membuat laporan polis dan menipu memaklumkan dia diarah keluar daripada bar tersebut tanpa sebarang alasan.

Pun begitu, Hailey masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hal yang berlaku kepada kakaknya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain