suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru sah bercinta, tiba-tiba muncul khabar angin Lee Jae Wook tinggalkan kekasih demi Karina Aespa

Pihak agensi tidak teragak-agak ambil tindakan terhadap pemfitnah.

KETIKA kisah cinta pelakon Lee Jae Wook bersama Karina Aespa sedang hangat menjadi perbualan netizen, tiba-tiba muncul pula khabar angin yang tidak enak berkaitan aktor itu.

Menurut laporan TenAsia, Jae Wook didakwa telah meninggalkan kekasihnya yang merupakan seorang pelakon demi mengejar cinta Karina.

Mereka dikatakan telah menjalinkan hubungan selama setahun namun berpisah pada Disember tahun lalu.

jae wook

Khabar angin tidak enak ganggu hubungan ae Wook dan Karina.

Tidak lama kemudian, Jae Wook digosipkan pula bercinta dengan Karina.

Lebih mengejutkan apabila khabar angin itu disahkan oleh orang terdekat Jae Wook sendiri.

Bagaimanapun, agensi naungan Jae Wook iaitu Cjes Studio menyangkal dakwaan tersebut.

Cjes Studio juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba mencemarkan nama baik aktor berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya agensi sahkan Lee Jae Wook dan Karina Aespa sedang bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Karina Aespa kongsi detika seram naik lif, dibawa ke tingkat tak wujud!

Sebelum ini teka teki hubungan istimewa Jae Wook dan Karina terjawab apabila pihak agensi mengesahkan laporan tersebut.

Pasangan itu mula bercinta sejak 14 Januari lalu dan hubungan itu mula terjalin sewaktu mereka menghadiri acara busana butik Prada di Milan.

Tidak terhenti disitu, hubungan percintaan mereka kian hangat apabila dilihat sering menghabiskan waktu bersama di Seoul, Mila, dan Itali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain