suria

Mark Feehily berdepan masalah kesihatan, terpaksa undur diri daripada konsert Westlife

Mark (kanan) tidak dapat meneruskan persembahan bersama Westlife.

PENYANYI Mark Feehily memaklumkan pengunduran dirinya daripada mengikuti siri jelajah The Wild Dreams bersama kumpulan Westlife kerana masalah kesihatan.

Mark atau Mark Michael Patrick Feehily, 44, berkata, dia memerlukan masa untuk tempoh pemulihan selepas menjalani beberapa pembedahan sebelum ini.

"Pembedahan yang dilakukan sebelum ini berjalan lancar tetapi saya harus memberi keutamaan untuk menjaga diri sepanjang tempoh pemulihan.

mark2 - 1

Mark mahu memberi fokus untuk proses pemulihan kesihatannya.

"Dengan rasa kesal saya harus berundur sementara dari Westlife untuk pulih sepenuhnya," katanya.

Mark berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Westlife ini turut memberikan semangat buat rakan ahli yang lain termasuk Shane, Kian dan Nicky untuk meneruskan konsert siri jelajah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Flying Without Wings' bergema di Axiata Arena, Westlife buat 8,000 peminat imbau zaman persekolahan

ARTIKEL BERKAITAN: Westlife kembali bergabung selepas enam tahun berpecah

Mark turut meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat membuat persembahan bersama namun berhasrat untuk bertemu peminat selepas kesihatannya semakin baik.

"Saya akan sentiasa memberikan sokongan dan semangat setiap kali anda (Westlife) melakukan persembahan pentas.

"Saya sangat kecewa kerana tidak dapat bersama-sama Westlife tetapi saya harap dapat berjumpa lagi dengan peminat pada masa akan datang," ujarnya.

Pada Ogos 2020, Mark menjalani sebuah pembedahan dan susulan daripada itu dia mengalami sepsis berpunca daripada tindak balas imun yang tercetus akibat jangkitan.

Mark sekali lagi diuji pada akhir tahun 2021 selepas didiagnos mempunyai penyakit radang paru-paru atau pneumonia.

mark1 - 1

Dari kiri: Brian, Shane, Kian dan Mark sebagai anggota kumpulan Westlife.

Tidak hanya itu, penyanyi berkenaan kemudiannya menderita penyakit hernia yang perlu dirawat secara pembedahan.

Westlife kini sedang mengadakan konsert siri jelajah The Wild Dreams bermula sejak tahun lalu di beberapa buah negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Ini bermakna Mark tidak dapat menyertai baki siri jelajah itu yang akan diadakan di Newcastle, Sheffield, Liverpool, Birmingham, Bournemouth, London, Brighton, Nottingham, Cardiff, Belfast dan Dublin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain