suria

Askar dedah ada syarat nak dapat tandatangan V BTS, kalau salah kena halau

Ada syarat jika anggota tentera ingin dapat tandatangan Jin.

SEORANG anggota tentera yang berkhidmat di kem sama dengan ahli kumpulan BTS iaitu V mendedahkan ada syarat perlu dipatuhi jika ingin mendapatkan tandatangan penyanyi tersebut.

Anggota berkenaan memberitahu V hanya akan menurunkan tandatangan jika mereka memenuhi syarat dikemukakan.

V akan meminta mereka menjawab beberapa soalan kuiz bagi menguji pengetahuan mereka tentang BTS.

size NP 1 (65)

V beri ujian soalan kuiz kepada askar yang mahukan tanda tangannya.

Soalan yang ditanya berkaitan tentang semua anggota BTS dan mengenai lagu kumpulan tersebut.

"V tidak kisah jika ada yang ingin meminta tandatangannya tetapi dia mejadikan perkara itu sebagai satu permainan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook dan V tayang dada sebelum masuk kem tentera, ucap selamat tinggal kepada peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 5 hari masuk kem tentera, V BTS dan Jennie pilih bawa haluan masing-masing

"Bagi membuktikan mereka meminatinya, mereka perlu menjawab soalan berkaitan BTS," katanya.

Sekiranya mereka tidak dapat menjawab soalan diberikan, mereka akan dihalau keluar.

V menggunakan cara ini sekadar untuk mengeratkan lagi hubungannya dengan rakan-rakan askar yang lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain