suria

Adele tangguh 10 tarikh konsert di Las Vegas, alami masalah peti suara

Adele tidak dapat meneruskan persembahan di Las Vegas.

PENYANYI Adele mengumumkan dia terpaksa membatalkan baki persembahan residen di Las Vegas, Amerika Syarikat susulan masalah kesihatan yang dialami.

Adele, 36, memaklumkan dia tidak mendapatkan rehat secukupnya dan disebabkan itu ia memberi kesan kepada peti suaranya.

Atas nasihat doktor, dia diminta untuk berehat sebelum kembali memulakan persembahan.

adele 2

Masalah peti suara memberi kesan kepada persembahan Adele.

"Saya terpaksa menangguhkan persembahan di Las Vegas. Saya belum pulih sepenuhnya dalam persembahan sebelum ini dan sekarang kembali sakit. Ia memberi kesan kepada suara saya.

"Saya tiada pilihan melainkan berehat dan itu atas nasihat doktor," katanya.

Adele menulis perkara tersebut di laman sosial miliknya pada Rabu dan menyenarikan 10 tarikh persembahan yang terpaksa dibatalkan sepenjang Mac ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat luah perasaan, Adele akhirnya mengaku sudah kahwin Rich Paul

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar sedang bermuram jadi bahan jenaka, Adele tak suka jadi terkenal

Dalam satu persembahan bertempat di The Colosseum, Caesars Palace baru-baru ini, Adele juga berkongsi masalah tersebut bersama penonton namun tetap berjaya menghabiskan nyanyian pada malam berkenana.

"Saya yakin anda dapat mendengar suara saya yang berbeza. Saya tidak dapat tidur yang cukup dan penat.

"Saya tidak boleh capai nota lagu dengan betul. Bayangkan betapa sukarnya saya tidak dapat bercakap dengan orang selama tiga hari kerana perlu berehat," jelasnya ketika bercakap kepada penonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain