suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Song Kang mula latihan wajib, agensi larang peminat berkumpul di kem tentera

Song Kang sertai askar.

PELAKON Korea Selatan Song Kang dikhabarkan bakal menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan di negaranya.

Berita ini disahkan oleh agensi pelakon berkenaan.

Pelakon drama My Demon itu bakal melaporkan dirinya di kem ketenteraan pada 2 April depan.

song

Song Kang sertai askar buat peminatnya sedih.

"Kami mengucapkan terima kasih yang mendalam buat para peminat yang sentiasa memberikan kasih sayang buat pelakon Song Kang.

"Ini adalah notis mengenai khidmat ketenteraan Song Kang dan dia akan mula melaporkan diri serta tentera berkhidmat aktif dalam Angkatan Tentera pada 2 April ini," kata agensi dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, agensi turut memaklumkan tiada sebarang acara ataupun aktiviti yang akan dianjurkan untuk pelakon itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh geli naik kereta bukan jenama mewah, rupanya Jennie elak bentuk payudara terakam kamera

ARTIKEL BERKAITAN: Gaun lutsinar Moon Ga Young macam baju dalam, peminat syak pakai sebab terpaksa

Agensi turut melarang peminat untuk berjumpa Song Kang kerana khuatir akan menganggu perjalanannya ke kem berkenaan.

"Tiada acara rasmi diadakan apabila beliau masuk ke pusat latihan tentera, dan beliau akan mendaftar secara peribadi untuk memastikan keselamatan disebabkan oleh kesesakan di tempat berkenaan, jadi kami memohon kerjasama anda.

"Terima kasih atas sokongan padu semua dan kita doakan agar Song Kang kembali dalam keadaan sihat dan tekun menyelesaikan tanggungjawab demi negara itu,” tambah agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain