suria

Dituduh geli naik kereta bukan jenama mewah, rupanya Jennie elak bentuk payudara terakam kamera

Jennie mendapat perhatian ramai menerusi program realiti Apartment 404.

REAKSI penyanyi Jennie Blackpink semasa menaiki sebuah kereta di sebuah program realiti berjudul Apartment 404 menjadi perhatian ramai.

Mana tidaknya, menerusi beberapa video yang tular di media sosial Jennie dilihat memegang tali pinggang keselamatan kereta selain kelihatan tidak selesa dengan ekspresi wajah ketakutan.

jennie1 - 1

Jennie didakwa tidak selesa menaiki kereta bukan berjenama mewah.

Selain Jennie, kereta tersebut dinaiki oleh Yoo Jae Suk, Yang Se Chan, dan seorang lagi ahli Apartment 404.

Perkara itu menjadi bualan ramai yang rata-rata mendakwa penyanyi berkenaan seakan geli dengan kereta tersebut memandangkan ia bukan jenama Porsche.

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Blackpink pilih urus sendiri karier solo, tubuh syarikat Oddatelier

ARTIKEL BERKAITAN: Penat tayang badan, Jennie Blackpink hanya diberi beberapa baris dialog dalam 'The Idol'

Bagaimanapun salah seorang peminatnya memaklumkan tindakan tersebut bagi mengelakkan buah dadanya terselit disebabkan tali pinggang keselamatan.

"Ini cara Jennie duduk dalam kereta kalau ia bukan Porsche. Dia geli ya dengan kereta itu.

"Dia kaya sejak kecil ke? Mungkin pengalaman baru bagi dia.

"Dia tak nak tali pinggang itu ada di tengah payudara dia. Kamera kan ada depan dia," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain