suria

‘Flying Without Wings’ bergema di Axiata Arena, Westlife buat 8,000 peminat imbau zaman persekolahan 

8,000 penonton membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Khamis.

KALI terakhir membuat persembahan empat tahun lalu di Kuala Lumpur, kumpulan Westlife kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi konsert The World Dreams Tour yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Khamis.

Seramai 8,000 penonton membanjiri Axiata Arena pada malam pertama konsert berkenaan yang teruja menyaksikan persembahan kumpulan popular daripada Ireland tersebut.

Tampil menyampaikan 15 buah lagu popular mereka, Westlife membuka tirai persembahan dengan lagu Starlight yang mendapat tepukan gemuruh peminat.

Kemunculan mereka di Malaysia bukan sahaja mengundang rasa teruja dalam kalangan peminat malah Westlife sendiri gembira apabila sekali lagi dapat menghiburkan peminat di Kuala Lumpur yang disifatkan sentiasa dekat di hati mereka.

Westlife menghiburkan peminat dengan nyanyian 15 buah lagu.

"Kami tak sangka selepas empat tahun, kami dapat beraksi semula dan bertemu peminat di Malaysia," kata Shane mewakili anggota Westlife yang lain.

Selain Shane, Westlife turut dianggotai oleh Mark Feehily, Kian Egan, and Nicky Byrne.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza pun tampil tema uniform sekolah, konsert Ada Apa Dengan Melly? gamit memori 3,000 penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Tomok hampir 'meraung'... Dewan konsert bergema suara peminat, imbau nostalgia kemuncak populariti New Boyz

Konsert yang berlangsung hampir dua jam itu turut mengimbau kenangan zaman persekolahan apabila Westlife turut mendendangkan lagu wajib mereka termasuk If I Let You Go, Flying Without Wings, Swear It Again, My Love, Fool Again dan Seasons in the Sun.

Ketika pertengahan konsert, Nick turut meminta peminat di dalam stadium untuk menyalakan lampu kamera bagi memberi kesan seperti bintang di langit.

westlife2 - 1

Westlife teruja dapat bertemu kembali dengan peminat di Malaysia.

"Saya minta anda semua untuk buka lampu kamera dan lambaikan bersama-sama. Kami melakukan aktiviti sama dengan peminat di Singapura.

"Ayuh, nyalakan lampu kamera dan lambaikan bersama," katanya.

Tidak hanya menyanyikan lagu evergreen mereka, Westlife turut mempersembahkan lagu medley daripada kumpulan ABBA termasuk Dancing Queen, Thank You For The Music dan Mama Mia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain