suria

Belanjawan 2023: Industri kreatif dapat RM127 juta, semarak aktiviti budaya dan seni peringkat komuniti

Kerajaan sediakan pelbagai dana untuk industri seni.

KERAJAAN menyediakan peruntukan sebanyak RM127 juta bagi terus meningkatkan pembangunan sektor industri kreatif.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani pada Jumaat petang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak RM102 juta turut disediakan sebagai Dana Kandungan Digital untuk mempergiatkan pemasaran produk seni tempatan dan mendorong penghasilan lebih banyak karya berkualiti.

Kerajaan setuju mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio.

Tidak hanya itu, Anwar berkata, sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) turut mendapat manfaat potongan cukai.

Kerajaan juga bersetuju mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran.

Anwar turut mengumumkan kerajaan menyediakan dana sebanyak RM25 juta bagi menyemarakkan lagi kegiatan kebudayaan dan kesenian di peringkat komuniti.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 tahun industri seni lumpuh, bajet RM177 juta daripada kerajaan bagai kejutan

ARTIKEL BERKAITAN: Mat Kilau jadi benchmark! Kerajaan umum dana RM50 juta terbit filem kenegaraan

"Aktiviti kebudayaan berperanan besar dalam melahirkan masyarakat madani yang saling menghormati dan bersatu padu.

"Ini juga penting bagi menyuburkan kepelbagaian khazanah seni yang telah kita warisi zaman-berzaman," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain